Thursday, 25 April 2013

Benarkah Gelatin dari sumber Ikan (Fish Gelatine) HALAL?




Gelatin sejak dari dulu menjadi topic perbualan hangat diperbincangkan dikalangan umat Islam mengenai kebenaran samada halal atau sebaliknya.

Umumnya gelatin adalah sejenis protein lengkap yang dihasilkan daripada sumber binatang iaitu daripada kulit, tulang dan sendi-sendinya. Gelatin adalah satu bahan yang digunakan di dalam industri makanan dan perubatan kerana sifatnya yang unik. Manusia telah menggunakan gelatin sejak beratus-ratus tahun yang lalu. Kini, kegunaannya telah diperluaskan ke dalam industri farmaseutikal, kosmetik dan teknikal. Tanpa gelatin, sesetengah produk tidak mungkin dapat dihasilkan.


Antara bahan yang menggunakan gelatin adalah seperti berikut;
Konfeksioneri (coklat, gula-gula dan lain-lain)
Puding, kek dan pai
Gummi jelli, Pastil berperisa
Yogurt, keju dan butter
Ais-krim
Pencuci mulut segera
Gula-gula getah (Chewing gum)
Produk-produk daging yang diproses
Softgel untuk kapsul
Sabun, ubat gigi dan barang kosmetik

Sebahagian besar penggunaan gelatin adalah berasaskan dari sumber haiwan samada lembu ataupun khinzir.  Namun ada sebahagian kecil pengeluar menghasilkan gelatin dari sumber sumber yang lain seperti dari tumbuhan dan ikan. Walaubagaimana pun sumber dari khinzir amat mudah di pasaran kerana dikatakan jauh lebih murah dari sumber sumber lain.  Penggunaan gelatin dari sumber lembu juga perlu di berikan perhatian kerana tidak semua lembu di sembelih mengikut peraturan hukum syarak.  Bukan saja kekhuatiran ujud mengenai isu penyembelihan tetapi halangan lain seperti aspek kesihatan.   Adanya penyakit bovine spongiform encephalopathy (BSE) atau dikenal sapi gila (mad cow) merupakan halangan pemakaian gelatin dari lembu. Begitu juga penggunaan sumber dari kulit (hide) yang di bawa masuk dari negara China di dapati mengandungi kadar kromium yang tinggi dan ini amat berbahaya untuk kesihatan manusia.  Maka pematuhan standard kualiti dan pematuhan standard halal sesuatu industry gelatin halal dari sumber lembu perlu di jadikan suatu keutamaan dalam sesuatu penilaian bagi menjamin gelatin yang di hasilkan benar benar halal dan selamat untuk di gunakan. 
Kebelakangan ini gelatin dari sumber ikan telah mula berkembang dan menarik perhatian pengguna pengguna gelatin seluruh dunia khususnya umat Islam.  Sekali pandang kita melihat sumber ikan ini akan menghilangkan rasa syak samada halal atau sebaliknya kerana isu persoalan samada disembelih atau sebaliknya sudah tidak ujud.
Persoalannya apakah benar benar halal gelatin dari sumber ikan? Mari kita amati dengan begitu cermat agar umat Islam tidak di perdayakan dalam isu gelatin ikan.  Samada umat Islam sedar atau sebaliknya sebahagian besar gelatin dari sumber ikan ini di hasilkan dari negara negara Eropah.  Tujuan dan matlamat penghasilan gelatin ikan bukan diasaskan atas dasar menepati status produk halal sebaliknya diatas tujuan memenuhi kehendak kehendak lain.  Satu persoalan yang perlu di ketahui adalah Industri yang menghasilkan gelatin ikan ini turut sama menghasilkan gelatin gelatin dari sumber khinzir dan lembu yang tidak di sembelih secara syarak?  Disebabkan apa yang saya sebutkan tadi penghasilan bukan atas kehendak pencapaian status halal maka kita mendapati pengahasilan gelatin ikan ini diproses dan di hasilkan di kilang yang sama menghasilkan gelatin dari sumber babi . Ini kerana permintaan gelatin dari sumber khinzir dan lembu masih lagi tinggi dan sebaliknya permintaan gelatin dari sumber ikan masih di peringkat awal dan masih sedikit. Sudah pastinya sesuatu bahan yang asalnya halal jika di proses di industri yang turut memproses bahan yang haram akan sekaligus menjadi haram. 
Maka dalam hal ini khsusnya umat Islam di minta berhati hati agar tidak tersilap membuat pilihan dan sila pastikan gelatin yang mendapat pengiktirafan  di sahkan halal oleh pihak JAKIM sahaja yang boleh digunakan. 


Thursday, 14 March 2013

FLAXSEED OIL YANG SUNGGUH AJAIB


Minyak flaks mengandungi asid lemak omega 3 yang sangat mudah diserap oleh badan.
Beberapa faedah kesihatan biji flaks yang dikumpulkan dari beberapa sumber adalah seperti berikut:

1. Mengurangkan paras kolesterol
2. Mengurangkan tekanan darah tinggi
3. Meningkatkan tenaga, kecergasan dan stamina
4. Perlindungan terhadap kanser, terutama kanser payudara dan prostat
5. Menghindari darah beku
6. Meningkat sistem imun
7.Peningkatan kadar metabolik dengan memberi kesan positif ke atas pengurusan berat badan
8. Merawat kulit ekzema dan psoriasis
9. Melegakan keadaan tisu radang termasuk artritis
10. Menormalkan paras gula dalam darah


Dr. Johanna Budwig, seorang biokimia Jerman berpendapat bahawa orang yang sihat mempunyai kandungan yang lebih tinggi omega 3 dalam darah daripada orang-orang yang sakit. Omega 3 adalah salah satu asid lemak yang sangat diperlukan oleh badan.
Beliau juga berpendapat bahawa diet yang tidak betul adalah punca kanser. Lemak trans pula mempunyai kesan negatif pada membran sel dan adalah faktor utama pembiakan kanser. Beliau turut menjelaskan bahawa pelan penyembuhan yang dicadangkannya mampu berfungsi memperbaiki sel-sel badan.


Membekalkan dua kali ganda jumlah asid lemak Omega-3 berbanding dengan minyak ikan yang membantu menyokong kesihatan peredaran darah. Mengandungi jumlah Omega-6 dan asid lemak Omega-9 yang tinggi, Lecithin, Lignans dan β Kerotin

Kandungan
Mengandungi minyak biji Flax yang sangat kaya dengan ALA
(Asid Alpha Linolenic)

Di dalam biji flax, nisbah Omega 3 kepada Omega 6 adalah 3:1. Ia membekalkan lebih banyak Omega 3 bagi membantu pengambilan Omega di dalam makanan.

* ALA (Asid Alpha Linolenic) - Asid lemak Omega 3
   - Berfungsi untuk mengurangkan risiko arteriosklerosis, penyakit
     kardiovaskular dan strok
   - Mencegah keradangan

* Asid Linoleic - Asid Lemak Omega 6
   - Mengurangkan paras trigliserida dan kolesterol LDL
   - Mengekalkan kesihatan kulit, rambut dan kuku
   - Keseimbangan hormon dan emosi

* Asid Oleic - Asid lemak mono tak tepu Omega 9
   - Mengurangkan paras kolesterol dan trigliserida
   - Meningkatkan sistem imun badan
 
* Beta Karotena
   - Meneutralkan radikal bebas yang mengakibatkan kerosakan sel
   - Baik untuk penglihatan
   - Mencegah pembentukan kanser


Tuesday, 12 March 2013

OMEGA 3 SOFTGEL HALAGEL


SAMBUNGAN BLACK SEED OIL

Islam merupakan agama yang menyeluruh, sempurna dan menyelesaikan segala masalah manusia. Maka bagaimana mungkin setiap masalah yang kita hadapi tidak dapat diatasi mengikut cara Islam. Sebuah hadis daripada riwayat Muslim menerusi Abu Zubair, daripada Jabir bin Abdullah, daripada Nabi Muhammad S.A.W bahawa baginda bersabda yang bermaksud:
“ Setiap penyakit pasti ada penawarnya. Jika ubat sudah bertepatan dengan penyakit, penyakit itu pasti akan sembuh dengan izin Allah S.W.T “(Riwayat Muslim)

Habbatus Sauda atau Syuwainiz merupakan sejenis tumbuhan yang banyak didapati di kawasan Mediterranean dan kawasan beriklim gurun. Ia merupakan biji hitam yang telah dikenali semenjak ribuan tahun yang lalu dan digunakan secara meluas oleh masyarakat Timur Tengah dan India untuk mengubati pelbagai jenis penyakit.

Jintan hitam diperolehi daripada bijinya. Pokoknya mengeluarkan bunga berwarna ungu muda atau putih. Buahnya berbentuk kapsul yang mengandungi banyak biji kecil berwarna putih dan berbentuk trigonal. Setelah matang kapsulnya terbuka dan biji-bijinya berubah menjadi warna hitam. Minyak dari jintan hitam ini dijumpai dalam makam Firaun Thukankamen. Ia juga digunakan oleh Cleopatra untuk kesihatan dan kecantikannya.

Jintan hitam ini juga digunakan oleh ahli pengubatan Yunani untuk mengubati sakit gigi, sakit kepala, hidung tersumbat dan mengatasi parasit usus seperti cacing. Biji Habbatus Sauda mengandugi 40% minyak constant dan 14% minyak aviary, juga mengandungi 15 asid amino, protein, kalsium, zat besi, sodium, dan potassium. Komposisinya yang paling penting adalah Thymoquinone (TQ), Dithymo-ouinone (DTQ), Thymohydro-quinone (THQ) dan Thymol (THY)

Habbatus sauda juga mampu untuk mengatasi gangguan tidur dan stress. Ini sisebabkan Saponin yang terkandung dalam habbatus sauda memiliki fungsi seperti kortikosteroid yang dapat mempengaruhi metabolisme karbohidrat, protein dan lemak serta mempengaruhi fungsi jantung, ginjal dan otot tubuh serta saraf. Saponin berfungsi untuk mempertahankan diri dari perubahan lingkungan, gangguan tidur, dan dapat menghilangkan stress.

Saponin dalam Habbatus Sauda mampu melarutkan toksin atau racun di dalam tubuh manusia. Ia berfungsi meneutralkan dan membersihkan racun daripada mengganggu metabolisme dan mengurangi fungsi organ penting seperti hati, paru-paru dan otak. Keracunan dapat menimbulkan gejala berupapening, gangguan pernafasan, dan daya kosentrasi yang menurun.

HABBATUS SAUDA. BLACK SEED OIL PENCEGAH BATU KARANG

Amalkan pengambilan Habbatus sauda bersama segelas air panas bercampur madu sebagai rutin harian. In Syaa Allah Ia dapat membantu menghancurkan dan merawat batu karang.

Habbatus sauda juga digunakan secara tradisional untuk beberapa keadaan seperti untuk menghasilkan kulit muka yang cerah, membantu merawat batuk dan asma, kencing manis, selesema, keguguran rambut, tekanan darah tinggi, masalah untuk tidur, sakit-sakit otot dan sendi, rasa loya dan muntah, mengurangkan kolesterol, dan sebagainya.

KAJIAN TENTANG PENYAKIT BATU KARANG
Daripada kajian Dr.Zaidun Kamari, Timbalan Pengarah Iktisas Hospital Pengarah Iktisas Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Cawangan Kelantan, 7 orang daripada 10,000 orang warga Malaysia mengidap penyakit batu karang setiap tahun. Ini bermakna, 14,000 pesakit baru akan bertambah dari tahun ke tahun. Dalam tahun 2005 sahaja, seramai 349 orang pesakit batu karang telah dirawat di HUSM.

Penyakit batu karang terbahagi kepada 2 jenis iaitu :
i. Batu Karang Dalam Ginjal
ii. Batu Karang Dalam Hempedu

Keradangan pundi hempedu (Cholecystitis)

Pundi hempedu adalah organ kecil berhampiran dengan hati yang berperanan mencernakan makanan. Ia mengandungi bendalir penghadaman dikenali sebagai hempedu, yang disalurkan ke dalam usus kecil untuk membantu penghadaman kita.

Keradangan pundi hempedu juga dikenali sebagai Cholecystitis, dan disebabkan oleh batu karang. Batu karang terjadi akibat ketidakseimbangan dalam bahan-bahan seperti hablur garam kalsium, asid urik dan beberapa zat lain, ataupun disebabkan oleh ketidakupayaan pundi hempedu untuk mengosongkan pundi dengan betul. Batu karang kemudiannya menghalang tiub yang membawa hempedu daripada pundi hempedu, dan seterusnya menyebabkan sakit perut seperti yang anda alami. Cholecystitis juga mungkin disebabkan oleh masalah atau ketumbuhan pada salur tersebut.

Lain-lain aduan lazim tentang Cholecystitis termasuklah loya dan muntah-muntah. Ada juga yang mungkin mengalami demam, sakit teruk semasa menarik nafas yang dalam, serta kesakitan selama lebih daripada 8 jam.

Monday, 4 March 2013

INSENTIF SLM HALAGEL


INSENTIF SLM HALAGEL




STRATEGI MENCAPAI INSENTIF 2013 HALAGEL

JANGAN LEPASKAN PELUANG

1)     HALAGEL CENTER (HC) 

TARGET PENCAPAIAN PEMBELIAN ADALAH DIKIRA DARI HARGA STATUS HC
BELIAN BOLEH DIBUAT DALAM BEBERAPA RESIT PEMBELIAN MENGIKUT BULAN KALENDAR
PELUANG MENDAPAT INSENTIF DENGAN MENGGUNAKAN SISTEM PLEXCLOUD

BIL
BELIAN
SYARAT MAINTAIN 3 BULAN
INSENTIF
1
RM 20,000
RM 20,000 X 3 BULAN = RM   60,000
RM 1,000
2
RM 30,000
RM 30,000 X 3 BULAN = RM   90,000
RM 1,500
3
RM 40,000
RM 40,000 X 3 BULAN = RM 120,000
RM 3,000


2)     PRE-AGENT
ü TARGET PENCAPAIAN PEMBELIAN ADALAH DIKIRA DARI HARGA STATUS PRE AGENT
ü BELIAN BOLEH DIBUAT DALAM BEBERAPA RESIT PEMBELIAN MENGIKUT BULAN KALENDAR

BIL
BELIAN
SYARAT MAINTAIN 3 BULAN
INSENTIF
1
RM 1,000
RM 1,000 X 3 BULAN = RM 3,000
RM 200
2
RM 1,500
RM 1,500 X 3 BULAN = RM 4,500
RM 300
3
RM 2,000
RM 2,000 X 3 BULAN = RM 6,000
RM 400


3)     PELANGGAN
ü BELIAN SETIAP BULAN DI MANA-MANA HC DAN PRE AGENT LAYAK MENDAPAT REBATE SEPERTI BERIKUT:-

1.       RM 100.00 – RM 150.00       2% REBATE
2.       RM 150.00 – RM 200.00       3% REBATE
3.       RM 200.00 KE ATAS                              5% REBATE

ü CABUTAN BERTUAH AKAN DIUMUMKAN PADA BULAN JUN 2013
ü REBATE BOLEH DI REDEEM HC DAN PRE AGENT SETELAH SEBULAN SELEPAS PEMBELIAN.
ü NILAI REBATE MENGIKUT LAPORAN DARI PRE-AGENT/HC




** REKOD PEMBELIAN PRE AGENT DI HC ****   HC PERLU MENGHANTAR LAPORAN

** REKOD PEMBELIAN PELANGGAN DI PRE-AGENT/HC ****  PRE-AGENT/HC PERLU MENGHANTAR LAPORAN