Friday, 28 September 2012

Kenapa Single Level Marketing (Part 1)


Seawalnya saya mohon maaf kerana lebih seminggu tidak upadate blog ini kerana urusan dalam dan luar negara.  Setelah sebulan skim SLM di lancarkan secara tidak resmi, saya melihat respon yang begitu baik dari mereka yang ingin mencari suatu pendapatan yang lebih realistik dan tidak membebankan.
Namun ada juga persoalan yang di ajukan pada saya mengenai kenapa harus Single Level Marketing? Kenapa tidak MLM? Atau sekarang ada plan yang lebih menarik iaitu perniagaan secara skim (penajaan dan beli barang secara pakej serentak dan seterusnya membina rangkaian secara seimbang samaada penajaan secara 2 binari atau 3)?
Sebenarnya agak susah untuk kita fahamkan baik dan buruknya kerana sesaorang itu harus melalui pengalaman dan setelah itu barulah beliau mampu memberikan jawapan yang lebih tepat. Namun apakah kita perlu membeli risiko risiko tersebut semata untuk mendapatkan suatu jawapan yang meyakinkan? Atau kita mencari jawapan dari mereka telah melaluinya?
Kesimpulan rumusan ringkas yang ingin saya ulaskan disini adalah kita sentiasa hidup dalam mencari BARAKOH dalam kehidupan.
Bersambung nanti di PART seterusnya.




No comments:

Post a Comment