Tuesday, 4 December 2012

THE GREATEST OF EXTRA VIRGIN OLIVE OIL HALAGEL

KENALI GRED MINYAK ZAITUN DULU
SEBELUM ANDA MEMBELI


Sebelum kita membeli Minyak Zaitun sila pastikan akan kualitinya dan gred Minyak Zaitun

Minyak Zaitun yang berkualiti secara umumnya di hasilkan melalui proses PEMERAHAN TANPA PENGGUNAAN HABA atau COOL PRES.  

EXTRA VIRGIN: Adalah minyak yang paling terbaik yang di hasilkan dalam proses pemerahan peringkat pertama.

VIRGIN: Adalah proses pemerahan peringkat kedua.

PURE: Adalah berkaitan samada minyak zaitun ini di tapis dan di saring.

EXTRA LIGHT: Proses pemerahan peringkat selanjutnya untuk melembutkan dan mencairkan minyak zaitun. Proses ini menggunakan bahan kimia.  Gred ini amat tidak berkualiti. Dari pandangan mata kasar kita boleh mengenal pasti dengan mengoncang botol tunggang terbalik dan ianya amat cair.  Minyak gred ini amat tidak sesuai di gunakan untuk perawatan.

OLIVE POMANCE: Minyak peringkat tidak berkualiti dan di proses dengan menggunakan bahan kimia. Seringnya minyak ini di gunakan untuk menghasilkan kegunaan luaran dan di kllasifikasi sebagai produk klas bawahan. Jangan gunakan gred minyak ini untuk pemakanan kerana ia akan memberikan kesan yang tidak baik.

Minyak zaitun amat jernih dan berkilau, lagi mahal harganya. Minyak zaitun baik untuk kesihatan luaran dan dalaman manusia. Paras asidnya yang rendah memudahkan penghadaman kita. Vitamin E yang terkandung di dalam minyak zaitun didapati boleh merendahkan kolestrol LDL(kolestrol jahat), tekanan darah, dan risiko koronori jantung.

Minyak Zaitun sebagai penghalang kanser dalam tubuh badan kerana memiliki kadar anti oksidan yang paling tinggi.

Minyak zaitun yang dibancuh dengan sedikit garam boleh meredakan radang gusi dan gigi. Menurutnya lagi minyak zaitun dapat menawarkan racun dan mengeluarkan cacing.


Minyak zaitun juga amat popular digunakan dalam produk kecantikan dan melembutkan kulit.
Kajian saintifik pula mendapati amalan memakan minyak zaitun amat membantu mengurangkan risiko barah payudara kerana ia kaya dengan Vitamin E.
Antara KHASIAT EXTRA VIRGIN OLIVE OIL
  • Mengurangkan kadar kolesterol (mencegah salur darah tersumbat disebabkan pengambilan makanan yg berminyak) 
  • Menghindari penyakit Kardiovaskular dan Arteriosclerosis
  • Mengelak pembentukan batu hempedu
  • Membantu penghadaman dan mengurangkan ulser perut
  • Antioksidan dan antikanser
  • Membantu meningkatkan metabolisme tubuh, pertumbuhan tulang dan tubuh yang baik (khasnya bagi kanak-kanak)
  • Menstabilkan asid lemak
  • Mencantikkan kulit, merawat pelbagai masalah kulit




No comments:

Post a Comment