Wednesday 29 August 2012

Evening Primrose Oil Penyelesaian Kepada Masaalah Alahan & Sindrom Datang Bulan























EPO Merawati Permasaalah Simptom Kedatangan Haid (Pre Menstrual Syndrome)

Sindrome ini sering terjadi kepada sebahagian besar wanita ketika tiba waktunya.  Sindrom bulanan yang menyebabkan berlakunya perubahaan mood, pembengkakan dan kesakitan pada buah dada, sendi, sakit kepala dan sebagainya. EPO yang kaya dengan bahan asid lemak GLA (Gamma Lenolenic Acid) menjana hormon untuk mengawal symptom tersebut serta menguranginya secara semulajadi.
EPO juga bertindak untuk meningkatkan kadar  hormon Seratonin dan neurotransmitters lain dalam otak bagi tujuan mengawal mood yang tidak baik ketika syndrome tersebut.


EPO di dapati sangat berkesan untuk merawati pelbagai masaalah akibat dari Allahan ( Allergy).

Kajian menunjukkan EPO bertindak dalam dua keadaan bagi tujuan tersebut;
1.      Jika sesaorang menderita akibat serangan alahan hingga menyebabkan inflamantasi kulit.  Contohnya kondisi kulit yang makin parah akibat kesan alahan.  Dalam keadaan ini EPO akan bertindak mempertingkatkan anti inflamantasi serta mengurangkan tindakbalas alahan tersebut. Ini juga di sebut sebagai mempertingkatkan tranformasi daya imunisasi kepada tubuh badan.
2.      Seterusnya EPO akan menggalakan sel darah putih untuk memperbanyakan kuantiti antibody dan histamine dalam tubuh badan.  Keadaan ini secara langsung akan memperkuatkan sistem imunisasi terhadap tubuh badan sesaorang.

EPO Sebagai Pakej Penurunan Berat Badan

Diantara salah satu keajaiban EPO adalah sebagai satu pakej penggunaan untuk program menurunkan berat badan. Penggunaan lemak  yang betul dan berterusan adalah amat penting dan bertujuan untuk menyihatkan tubuh badan dan minda.  Lemak juga di katakan sebagai penyenggara dan bertindak kepada kesimbangan pada berat badan.  Lemak yang dimaksudkan adalah lemak yang bersifat polyunsaturated ataupun lemak tumbuhan yang tidak tepu dan tidak akan menyebabkan terjadinya peningkatan LDL dalam tubuh badan adalah amat penting dan ini terdapat didalam EPO.  Asid lemak Omega 6 yang terdapat dalam EPO dikaitkan sebagai “FatBurner” bertujuan untuk membantu menurunkan berat badan yang berlebihan.

EPO Membantu Memulihkan Metabolisma Tubuh Badan

EPO bertindak kearah pemulihan dan meningkatkan kadar Metabolisma Tubuh Badan.  Ini akan meningkatkan pengeluaran tenaga akibat dari pelbagai aktiviti fizikal dan mengekalkan tahap kesihatan sesaorang.


Tuesday 28 August 2012

Pengumuman Penghantaran Produk Halagel Center

Untuk mereka yang sudah memohon dan membuat tempahan bagi Plan Perniagaan Halagel Center sukacita dimaklumkan bahawa produk akan mula dihantar pada 11hb Sept 2012.



Bagi tuan/puan yang berhajat serta berminat bersama Plan Perniagaan kami, sila hubungi saya pada email di atas.

Sebarang permasalahan sila hubungi saya seperti email yang tertera di atas.

Sekian

Sunday 26 August 2012

FLAX SEED OIL Booster Pemulihan Kardiovaskular


Minyak yang di hasilkan dari bijian Flax amat berkhaisat dan memiliki pelbagai kebaikan pada kesihatan tubuh badan.  Minyak ini juga digunakan untuk masakan dan juga dalam bentuk Softgel untuk tujuan perawatan pelbagai masaalah kesihatan.
Sistem Kardiavaskular
Pengamalan berterusan Flax Seed Oil akan membantu menurunkan kadar kolesterol dan mencegah hypertensi dan juga penyakit yang berkaitan dengan jantung. Diantara tanda simptom yang berkaitan dengan jantung adalah sakit seperti tusukan pada bahagian dada (angina).  Kajian menunjukan pengambilan Flax seed oil akan membantu penderita stroke dari mengalami stroke kali kedua dengan bertindak menghindarkan reaksi terhadap peradangan yang boleh menyebabkan kelemahan aliran darah dan penyumbatan plak pada pembuluh(artery) darah.


Perawatan Kulit
Kekuatan pemulihan kulit yang berkesan bergantung kepada kadar kandungan fatty acid yang tinggi dalam flax seed oil.  Keadaan kulit (psoriasis) yang gatal, kemerahan serta mengelupas dan eczema kebiasaannya bertindak cepat terhadap anti peradangan dan bahan bahan lain yang terkandung dalam Flax Seed Oil. 
Flax Seed Oil juga mampu untuk merawat dan memulihkan permasalahan kulit yang terbakar oleh sina matahari( sunburn).
Dalam merawat  masaalah jerawat(acne), Flax Seed Oil boleh membuang lapisan minyak yang menyumbat liang kulit muka.









Mengurangi Kecederaan Saraf

Flax Seed Oil didapati dapat mengurangi permasaalahan saraf yang menyebabkan terjadinya kebas dan kesemutan. Kandungan EFA yang tinggi dalam Flax Seed Oil dapat membantu merawat dan memulihkan sistem saraf dan komplikasi kebas dan kesemutan.
Flax Seed Oil amat baik di amalkan oleh pesakit Parkinson dan merawat penyakit saraf yang berkaitan dengan sclerosis dan diabetis.

EFA (Essential Fatty Acids) bertujuan meningkatkan HDL(High Density Lipoprotien) dan bertindak mengeluarkan  LDL (Low Density Lipoprotien) melalui hati. Dua bahan utama dala EFA adalah Omega 3 dan Omega 6.




Mengatasi Masaalah Sembelit dan Ginjal

Flax Seed Oil juga mampu mengatasi masaalah sembelit, buasir,  peradangan pada bahagian usus(intestinal tract),  mengurangi rasa sakit pada bahagian ginjal,  menghancurkan dan mengeluarkan batu karang(gallstone).

Wednesday 15 August 2012

POWERFULL ANTIOXIDANT PADA GRAPE SEED OIL













Di sebabkan permasaalahan radikal bebas dan oksida yang mengganggu kestabilan tubuh badan dan menyebabkan imuniti menjadi lemah, maka tidak hairanlah kenapa manusia masa kini terdedah kepada pelbagai penyakit yang berbahaya.

Tubuh memerlukan anti oksida yang tinggi. Grape Seed Oil adalah solusi utama kepada kita.  Grape Seed Oil yang memiliki kuasa antioksida yang tinggi, flavanoid, Vitamin E, anti histamin dan Beta Karotine yang akan membantu permasalahan seperti berikut;

1.       Bertindak seperti kolagen untuk tujuan kesihatan kulit (anti skin aging). Kadar anti oksidan yang tinggi akan membantu memulihkan cel dan tisu badan.

2.       Grape Seed Oil amat sesuai untuk mereka yang mengalami masaalah jerawat dan kudis. Ia bertindak seakan anti histamine sekaligus mengurangkan permasalahan symptom athma.

3.       Grape Seed Oil akan membantu memulihkan penderita Pembuluh Darah Bengkak.

4.       Grape Seed Oil sesuai untuk membantu menyelesaikan permasalahan kanser payu dara, prostate dan kanser kolon.

5.       Grape Seed Oil juga sesuai untuk mereka yang menghadapi masalaah sendi dan penglihatan rabun.

6.       Grape Seed Oil akan merendahkan kadar LDL sekali gus meningkatkan HDL.

7.       Grape Seed Oil memiliki 20 kali lebih anti oksidan dari Vitamin C

8.       Grape Seed Oil amat mudah untuk menyerap kedalam tubuh badan serta mempercepatkan kadar tindak balas.

SAKIT SENDI
JERAWAT 
KANSER PAYU DARA
MATA RABUN
PEMBULUH BENGKAK
KANSER KOLON



Tuesday 14 August 2012

KENAPA UBAT GIGI MISWAKGEL


KENAPA UBAT GIGI MISWAKGEL


Ramai yang tahu mengenai Miswak.  Namun tidak sedar bahawa Miswak merupakan formula terbaik untuk penjagaan kesihatan gigi.  Apa yang di amalkan oleh Rasul saw sudah pasti itu yang terbaik dan memiliki rahsia penjagaan bukan sahaja pada gigi serta gusi tetapi memberikan kesan yang positif kepada tubuh badan manusia.

Anti bacteria yang cukup berkesan.










Anda mengalami masaalah gusi sering berdarah. Anda mengalami pembengkakan gusi. Faktornya adalah disebabkan oleh bacteria. Nafas akan berbau busuk. Akhirnya akan menyebabkan gangguan kepada kestabilan gigi. Miswak adalah anti bacteria yang terbaik untuk membunuh segala bacteria yang berpunca kepada masaalah gusi dan gigi.

Menyelesaikan permasaalah nafas yang berbau


Miswak memiliki bahan “pewangi asli” yang bertindak membantu menghilangkan bau nafas mulut. Miswak akan memastikan mulut anda sentiasa segar sepanjang masa.




Menghilangkan rasa sakit gigi


Penggunaan miswak secara berterusan akan membantu menghentikan kerosakan gigi dan mampu untuk menghilangkan rasa sakit akibat gigi berlubang atau kepada yang menghadapi masaalah nyilu gigi.


Masaalah mulut kering


Miswak juga akan meransang pengeluaran air liur dan mengelakkan permasaalahan mulut yang kering.



Faedah-faedah sampingan yang lain

Dikatakan penggunaan berterusan  miswak akan memberikan pelbagai faedah sampingan dan diantaranya adalah;
i.                     Menghilangkan rasa sakit kepala akibat stress.
ii.                   Meningkatkan kadar daya ingatan.
iii.                  Memperbaiki masaalah sistem penghadaman yang kurang baik.
iv.                Memperbaiki kadar penglihatan sesaorang


Monday 13 August 2012

Black Seed Oil (TENAGA & SEMANGAT)

Ibnu Sina- Habbatus Sauda 
merangsang tenaga dan membantu memulihkan kepenatan dan semangat. 
(Buku Ibnu Sina "Canon of Medicines")

Habbatus Sauda adalah sejenis tumbuhan dallm bentuk rumput kecil, mempunyai batang yang tingginya lebih kurang setengah hasta, mengeluarkan bunga yang berwarna biru yang terdapat di dalamnya biji Habbatussauda. Tumbuhan ini terdapat di negara Arab dan dikenali dengan pelbagai nama seperti Habbatussauda(Mesir , Syam), dalam Bahasa Inggeris dipanggil Nigella Sativa atau Black Cumin. Produk mempunyai khasiat yang amat tinggi.

Mengandungi lebih drp 67 kandungan bahan aktif di dalamnya. Bahan-bahan ini dapat membantu menyembuhkan beberapa penyakit yang sering dihadapi oleh manusia. Hsauda ini ialah satu supplement/ubat yg membetulkan perjalanan sistem tubuh seseorang individu itu. Ianya akan membersihkan darah dan menjadikan individu itu lebih bertenaga dan sihat .

Tujuh ciri-ciri nilai pemakanan utama habbatus sauda:

1. Kaya dengan Monosaccharide Glukosa, xylosa dsb. polysaccharide fatty acid yang tidak tepu. EFA tidak boleh dihasilkan oleh badan kita, oleh itu sumber utamanya ialah dari pemakanan. 
Amino acid yang membentuk protein. Karotene iaitu sumber vitamin A kalsium, zat besi, dsb.

2. Sistem imunisasi- Kajian yang dilakukan di Arab Saudi mendapati, habbatus sauda berupaya meningkatkan sistem imunisasi anda (daya melawan penyakit). Oleh itu ia mungkin penting dalam pengawalan kanser, AIDS dan penyakit-penyakit berkaitan yang lain.


3. Anti-histamine- Histamine ialah bahan yang dikeluarkan oleh sel-sel mast di dalam badan yang menyebabkan kesan-kesan allergik (alahan). Habbatus sauda mengandungi bahan yang menghalang protein kinase C, sejenis bahan yang mencetus penghasilan histamine. Oleh kerana penghidap penyakit asma selalunya mengalami masalah alahan, habbatus sauda mungkin baik diambil secara berterusan oleh pesakit-pesakit ini.


4. Anti-
tumor- Kajian in vitro mendapati habbatus sauda berupaya menghalang pembentukan sel-sel tumor. Oleh itu, ia baik untuk digunakan untuk membantu menghalang penyakit kanser.

5. Anti-bakteria- Penyelidikan ke atas bahan ini mendapati ia mempunyai aktiviti anti-bakteria . Habbatus sauda didapati berupaya mengawal bakteria seperti E.coli, V.cholera dan spesies Shigella. Ini bermakna habbatus sauda baik untuk mereka yang menghidapi beberapa jenis penyakit seperti cirit-birit dan masalah-masalah perut yang lain.


6. Anti-radang (anti-inflammation)- Habbatus sauda didapati boleh mengurangkan radang (bengkak). Oleh itu ia baik untuk pesakit asma (mengurangkan radang dalam paru-paru), eczema (alahan yang menyebabkan gatal, kulit merah dsb.) dan arthritis (bengkak sendi).


7. Menggalakkan pengeluaran susu- Kombinasi lemak dan 
hormon yang didapati di dalam habbatus sauda menyebabkan pengeluaran susu ibu yang menyusukan bayi bertambah.


Thursday 9 August 2012

Syarat dan Peraturan Terkini


Syarat

HALAGEL CENTER
1.       Memiliki modal pusingan RM 30,000.
2.       Mempunyai lokasi yang sesuai dengan perniagaan seperti rumah kedai, rumah khas untuk perniagaan atau kios.
3.       Bersiap untuk penglibatan sepenuh waktu dalam kerjaya sebagai Usahawan Halagel.
4.       Mempunyai perngetahuan asas ( pengetahuan produk, asas pemasaran, kebolehan dalam IT, ketrampilan diri serta pengurusan)
5.       Mampu untuk menghadiri mesyuarat dan kurusus kursus yang di anjurkan oleh syarikat.
6.       Usahawan Halagel akan menerima pelbagai potongan diskaun menarik, insentif jualan(semasa) dan latihan kecekapan .
(PROGRAM USAHAWAN HALAGEL AKAN HANYA DI TAWARKAN SETELAH MEREKA MENJADI PRE AGEN DAN SETELAH MEREKA MEMENUHI SYARAT DAN KELAYAKAN.  JANGKAAN PROGRAM INI AKAN BERMULA SELEWATNYA OCT 2012)

PRE AGEN
1.       Memiliki modal pusingan RM 3000.
2.       Bersedia untuk menjadi  Usahawan Halagel Center apabila di tawarkan.
3.       Menghadiri taklimat, kursus, mesyuarat dari masa ke semasa dengan pihak syarikat.
4.       Kebolehan dalam IT adalah diutamakan.
5.       Bersiap untuk menjadi Usahawan HALAGEL CENTER setelah beberapa bulan menjadi pre agen( tergantung kepada keadaan dan waktu).
(PERLANTIKAN AKAN BERMULA PADA SELEPAS IDUL FITRI INI)

SMART MEMBERSHIP
1.       Terbuka kepada semua.
2.       Memohon dengan mendaftarkan diri di HALAGEL CENTER yang terdekat.
3.       Mendaftar secara online.
4.       Memperolihi keistimewaan potongan harga barangan pada syarat tertentu.
5.       Rebate, sistem kopun, cabutan bertuah, promo semasa dan sebagainya.
SEMUA PERATURAN ADALAH TERTAKLUK KEPADA PERUBAHAN DARI MASA KESEMASA SETELAH KAJIAN DAN JUGA MENGAMBIL KIRA PANDANGAN DARI DALAM DAN LUAR DAN BERMENAFAAT KEPADA KEDUA PIHAK(SYARIKAT & USAHAWAN).

Thursday 2 August 2012

GARAM BUKIT BERKHASIAT

Mencari yang baik dan selamat untuk di gunakan adalah suatu kemestian. Garam adalah suatu kemestian dalam pemakanan kita.
Garam amat diperlukan oleh ibu mengandung agar memperolihi pelbagai mineral.
Garam amat diperlukan oleh mereka yang melakukan tugas luas biasa dan mengelakan dari kekejangan otot.
Garam amat diperlukan oleh mereka yang menderita kelemahan tubuh badan akibat cirit birit.
Garam didahulukan dengan amalan awal sebelum makan dengan menyicap sedikit garam sebagai sunnah.
Namun menggunakan jenis garam yang salah akan mengundang pelbagai penyakit pada diri kita. Pilih yang selamat untuk di gunakan. Pilih GARAM BUKIT HALAGEL.  Boleh di dapati di kebanyakan pasaraya utama dan kedai runcit.
Selepas ini HALAGEL CENTER akan memasarkan ROCK PINK SALT dan nantikan maklumat seterusnya.