Sunday 26 August 2012

FLAX SEED OIL Booster Pemulihan Kardiovaskular


Minyak yang di hasilkan dari bijian Flax amat berkhaisat dan memiliki pelbagai kebaikan pada kesihatan tubuh badan.  Minyak ini juga digunakan untuk masakan dan juga dalam bentuk Softgel untuk tujuan perawatan pelbagai masaalah kesihatan.
Sistem Kardiavaskular
Pengamalan berterusan Flax Seed Oil akan membantu menurunkan kadar kolesterol dan mencegah hypertensi dan juga penyakit yang berkaitan dengan jantung. Diantara tanda simptom yang berkaitan dengan jantung adalah sakit seperti tusukan pada bahagian dada (angina).  Kajian menunjukan pengambilan Flax seed oil akan membantu penderita stroke dari mengalami stroke kali kedua dengan bertindak menghindarkan reaksi terhadap peradangan yang boleh menyebabkan kelemahan aliran darah dan penyumbatan plak pada pembuluh(artery) darah.


Perawatan Kulit
Kekuatan pemulihan kulit yang berkesan bergantung kepada kadar kandungan fatty acid yang tinggi dalam flax seed oil.  Keadaan kulit (psoriasis) yang gatal, kemerahan serta mengelupas dan eczema kebiasaannya bertindak cepat terhadap anti peradangan dan bahan bahan lain yang terkandung dalam Flax Seed Oil. 
Flax Seed Oil juga mampu untuk merawat dan memulihkan permasalahan kulit yang terbakar oleh sina matahari( sunburn).
Dalam merawat  masaalah jerawat(acne), Flax Seed Oil boleh membuang lapisan minyak yang menyumbat liang kulit muka.









Mengurangi Kecederaan Saraf

Flax Seed Oil didapati dapat mengurangi permasaalahan saraf yang menyebabkan terjadinya kebas dan kesemutan. Kandungan EFA yang tinggi dalam Flax Seed Oil dapat membantu merawat dan memulihkan sistem saraf dan komplikasi kebas dan kesemutan.
Flax Seed Oil amat baik di amalkan oleh pesakit Parkinson dan merawat penyakit saraf yang berkaitan dengan sclerosis dan diabetis.

EFA (Essential Fatty Acids) bertujuan meningkatkan HDL(High Density Lipoprotien) dan bertindak mengeluarkan  LDL (Low Density Lipoprotien) melalui hati. Dua bahan utama dala EFA adalah Omega 3 dan Omega 6.




Mengatasi Masaalah Sembelit dan Ginjal

Flax Seed Oil juga mampu mengatasi masaalah sembelit, buasir,  peradangan pada bahagian usus(intestinal tract),  mengurangi rasa sakit pada bahagian ginjal,  menghancurkan dan mengeluarkan batu karang(gallstone).

No comments:

Post a Comment