Wednesday 19 December 2012

RAHSIA KEAJIABAN MINYAK ZAITUN


Nabi s.a.w. telah berpesan agar kita menggunakan zaitun sebagai minyak. Untuk pertama kalinya dalam sejarah, ada enam belas pakar kedoktoran paling tersohor di dunia berkumpul di Roma pada tanggal 21 April 1997 M, untuk menerbitkan beberapa pengarahan dan keputusan bersama tentang tema “Minyak Zaitun dan Nutrisi Laut Putih Tengah”.

Dalam pernyataan tersebut, mereka menegaskan bahwa penggunaan minyak zaitun dapat memberikan perlindungan tubuh dari serangan penyakit jantung koroner, kenaikan kolesterol darah, kenaikan tekanan darah, serta sakit diabetes dan obesites, di samping minyak zaitun juga berkhasiat mencegah terjadinya beberapa jenis kanser.

Berbagai kajian membuktikan adanya fakta yang tidak menafikan keraguan lagi, bahawa minyak zaitun menurunkan total kadar kolesterol dan kolesterol berbahaya, tanpa mengurangi kandungan kolesterol yang bermanfaat.
Minyak Zaitun Mengurangi Risiko Terjadinya Penyumbatan (Trombosis) dan Penebalan (Arteriosklerosis) Pembuluh Darah.

Dalam sebuah kajian yang diterbitkan pada bulan Disember tahun 1999 M di Majalah AMJ CLIN NUTRL para peneliti menyatakan bahawa nutrisi yang kaya kandungan minyak zaitun akan dapat mengurangi pengaruh negatif lemak dalam makanan terhadap terjadinya pembekuan darah, dan seterusnya mengurangi terjadinya penebalan pembuluh nadi jantung

Satu kajian yang dijalankan di Sepanyol baru-baru ini menunjukkan bahawa minyak dara zaitun asli dapat membantu mencegah dan merawat radang perut yang disebabkan oleh bakteria (H-PYLAR) yang sering mengakibatkan jutaan kes ulser peptik. Baru-baru ini juga, satu kajian awal menunjukkan bahawa anti-oksida dalam minyak zaitun mungkin mempunyai tindakbalas ke atas serangan bakteria di lapisan perut. Ia juga dapat melembabkan kulit muka, jika dicampurkan dengan yogurt tanpa lemak dan diletakkan pada muka selam 15 minit. Ia juga boleh digunakan pada rambut bagi melambatkan uban, berkesan dalam melegakan sakit sendi dan membunuh cacing dalam perut.

No comments:

Post a Comment