Thursday 14 March 2013

FLAXSEED OIL YANG SUNGGUH AJAIB


Minyak flaks mengandungi asid lemak omega 3 yang sangat mudah diserap oleh badan.
Beberapa faedah kesihatan biji flaks yang dikumpulkan dari beberapa sumber adalah seperti berikut:

1. Mengurangkan paras kolesterol
2. Mengurangkan tekanan darah tinggi
3. Meningkatkan tenaga, kecergasan dan stamina
4. Perlindungan terhadap kanser, terutama kanser payudara dan prostat
5. Menghindari darah beku
6. Meningkat sistem imun
7.Peningkatan kadar metabolik dengan memberi kesan positif ke atas pengurusan berat badan
8. Merawat kulit ekzema dan psoriasis
9. Melegakan keadaan tisu radang termasuk artritis
10. Menormalkan paras gula dalam darah


Dr. Johanna Budwig, seorang biokimia Jerman berpendapat bahawa orang yang sihat mempunyai kandungan yang lebih tinggi omega 3 dalam darah daripada orang-orang yang sakit. Omega 3 adalah salah satu asid lemak yang sangat diperlukan oleh badan.
Beliau juga berpendapat bahawa diet yang tidak betul adalah punca kanser. Lemak trans pula mempunyai kesan negatif pada membran sel dan adalah faktor utama pembiakan kanser. Beliau turut menjelaskan bahawa pelan penyembuhan yang dicadangkannya mampu berfungsi memperbaiki sel-sel badan.


Membekalkan dua kali ganda jumlah asid lemak Omega-3 berbanding dengan minyak ikan yang membantu menyokong kesihatan peredaran darah. Mengandungi jumlah Omega-6 dan asid lemak Omega-9 yang tinggi, Lecithin, Lignans dan β Kerotin

Kandungan
Mengandungi minyak biji Flax yang sangat kaya dengan ALA
(Asid Alpha Linolenic)

Di dalam biji flax, nisbah Omega 3 kepada Omega 6 adalah 3:1. Ia membekalkan lebih banyak Omega 3 bagi membantu pengambilan Omega di dalam makanan.

* ALA (Asid Alpha Linolenic) - Asid lemak Omega 3
   - Berfungsi untuk mengurangkan risiko arteriosklerosis, penyakit
     kardiovaskular dan strok
   - Mencegah keradangan

* Asid Linoleic - Asid Lemak Omega 6
   - Mengurangkan paras trigliserida dan kolesterol LDL
   - Mengekalkan kesihatan kulit, rambut dan kuku
   - Keseimbangan hormon dan emosi

* Asid Oleic - Asid lemak mono tak tepu Omega 9
   - Mengurangkan paras kolesterol dan trigliserida
   - Meningkatkan sistem imun badan
 
* Beta Karotena
   - Meneutralkan radikal bebas yang mengakibatkan kerosakan sel
   - Baik untuk penglihatan
   - Mencegah pembentukan kanser


No comments:

Post a Comment