IKLAN HALAGEL

Loading...

Thursday, 25 April 2013

Benarkah Gelatin dari sumber Ikan (Fish Gelatine) HALAL?




Gelatin sejak dari dulu menjadi topic perbualan hangat diperbincangkan dikalangan umat Islam mengenai kebenaran samada halal atau sebaliknya.

Umumnya gelatin adalah sejenis protein lengkap yang dihasilkan daripada sumber binatang iaitu daripada kulit, tulang dan sendi-sendinya. Gelatin adalah satu bahan yang digunakan di dalam industri makanan dan perubatan kerana sifatnya yang unik. Manusia telah menggunakan gelatin sejak beratus-ratus tahun yang lalu. Kini, kegunaannya telah diperluaskan ke dalam industri farmaseutikal, kosmetik dan teknikal. Tanpa gelatin, sesetengah produk tidak mungkin dapat dihasilkan.


Antara bahan yang menggunakan gelatin adalah seperti berikut;
Konfeksioneri (coklat, gula-gula dan lain-lain)
Puding, kek dan pai
Gummi jelli, Pastil berperisa
Yogurt, keju dan butter
Ais-krim
Pencuci mulut segera
Gula-gula getah (Chewing gum)
Produk-produk daging yang diproses
Softgel untuk kapsul
Sabun, ubat gigi dan barang kosmetik

Sebahagian besar penggunaan gelatin adalah berasaskan dari sumber haiwan samada lembu ataupun khinzir.  Namun ada sebahagian kecil pengeluar menghasilkan gelatin dari sumber sumber yang lain seperti dari tumbuhan dan ikan. Walaubagaimana pun sumber dari khinzir amat mudah di pasaran kerana dikatakan jauh lebih murah dari sumber sumber lain.  Penggunaan gelatin dari sumber lembu juga perlu di berikan perhatian kerana tidak semua lembu di sembelih mengikut peraturan hukum syarak.  Bukan saja kekhuatiran ujud mengenai isu penyembelihan tetapi halangan lain seperti aspek kesihatan.   Adanya penyakit bovine spongiform encephalopathy (BSE) atau dikenal sapi gila (mad cow) merupakan halangan pemakaian gelatin dari lembu. Begitu juga penggunaan sumber dari kulit (hide) yang di bawa masuk dari negara China di dapati mengandungi kadar kromium yang tinggi dan ini amat berbahaya untuk kesihatan manusia.  Maka pematuhan standard kualiti dan pematuhan standard halal sesuatu industry gelatin halal dari sumber lembu perlu di jadikan suatu keutamaan dalam sesuatu penilaian bagi menjamin gelatin yang di hasilkan benar benar halal dan selamat untuk di gunakan. 
Kebelakangan ini gelatin dari sumber ikan telah mula berkembang dan menarik perhatian pengguna pengguna gelatin seluruh dunia khususnya umat Islam.  Sekali pandang kita melihat sumber ikan ini akan menghilangkan rasa syak samada halal atau sebaliknya kerana isu persoalan samada disembelih atau sebaliknya sudah tidak ujud.
Persoalannya apakah benar benar halal gelatin dari sumber ikan? Mari kita amati dengan begitu cermat agar umat Islam tidak di perdayakan dalam isu gelatin ikan.  Samada umat Islam sedar atau sebaliknya sebahagian besar gelatin dari sumber ikan ini di hasilkan dari negara negara Eropah.  Tujuan dan matlamat penghasilan gelatin ikan bukan diasaskan atas dasar menepati status produk halal sebaliknya diatas tujuan memenuhi kehendak kehendak lain.  Satu persoalan yang perlu di ketahui adalah Industri yang menghasilkan gelatin ikan ini turut sama menghasilkan gelatin gelatin dari sumber khinzir dan lembu yang tidak di sembelih secara syarak?  Disebabkan apa yang saya sebutkan tadi penghasilan bukan atas kehendak pencapaian status halal maka kita mendapati pengahasilan gelatin ikan ini diproses dan di hasilkan di kilang yang sama menghasilkan gelatin dari sumber babi . Ini kerana permintaan gelatin dari sumber khinzir dan lembu masih lagi tinggi dan sebaliknya permintaan gelatin dari sumber ikan masih di peringkat awal dan masih sedikit. Sudah pastinya sesuatu bahan yang asalnya halal jika di proses di industri yang turut memproses bahan yang haram akan sekaligus menjadi haram. 
Maka dalam hal ini khsusnya umat Islam di minta berhati hati agar tidak tersilap membuat pilihan dan sila pastikan gelatin yang mendapat pengiktirafan  di sahkan halal oleh pihak JAKIM sahaja yang boleh digunakan. 


No comments:

Post a Comment