Tuesday 16 October 2012

SLM antara Penjual dan Produk Ubatan (Part 5)

Mungkin anda keliru dengan tajuk di atas. Namun kita sering juga mendengar ada orang berkata "Jangan percaya dengan Jualan Langsung terutama Si penjual Ubat".  Ini kerana ada sebahagian Penjual Ubat maupun Supplement sanggup melakukan klaim Produk yang di luar kemampuan sebenar.  Ada juga yang sanggup mengeluarkan fakta tidak berasas demi untuk melariskan produk mereka.

Sikap tidak beretika ini amat sukar di bendung.  Sikap ini yang menjadi sebab musabab kenapa masyarakat hilang kepercayaan kepada perniagaan Jualan Langsung.

Sebagai contoh: Tanpa memiliki sebarang fakta atau analisis yang resmi, Si Penjual Ubat dengan spontan mengeluarkan kenyataan "Produk A keluaran saya 10 kali lebih hebat dari Produk B keluaran Syarikat lain.  Bertanyalah kepada diri apakah kenyataan ini berdasarkan kepada rujukan kajian yang sah atau sekadar sebuah khayalan INSTINCT demi melariskan produk yang hendak di jual? Perlu di ingatkan bahawa Instinct melahirkan pembohongan kerana setiap kenyataan perlu ada suatu rujukan atau kajian yang sah/valid.  Mungkin kita mampu untuk melariskan penjualan kita hasil dari kepercayaan pendengar.  Tidak mustahil produk yang di jual hasil dari Instinct laris licin di pasaran. Secara taksub atau secara psyikologi akan ada pembeli  mengakui kehebatan produk tersebut. NAMUN persoalannya DIMANAKAN KEBERKAHAN atau BARAKOH? Adakah kita mencari keuntungan tanpa BARAKAH? Akan terjadilah suatu kesimpulan yang sukar mendapat jawapannya iaitu "BISNIS UNTUNG LARIS TAPI MANA PERGI WANG".

Mencari kesempatan dengan mengenakan harga yang di luar biasa atau tidak munasabah dan dalam erti kata lain tidak masuk akal adalah di larang tegas dalam agama.  Ini kerana sudah pasti akan ujud sistem pujukan dan penindasan halus luar biasa. Agama menitik beratkan kepada nilai kebenaran.

Al-Gharar, iaitu menjalankan perniagaan dalam kesamaran iaitu tanpa dipastikan dengan tepat barangan / produk yang terlibat, dan harganya samaada oleh penjual atau pembeli. Para fuqaha telah bersependapat menyatakan, bahawa jual-beli secara gharar (samar dan ada unsur penipuan) adalah batal atau tidak sah (haram). 


Antara contoh penipuan ialah:
  • Membuat iklan barangan dengan memaparkan keistimewaan-keistimewaan atau ciri-ciri yang sebenarnya tidak ada pada barangan tersebut melainkan untuk menarik perhatian orang supaya membelinya semata-mata. Penipuan yang sebegini dinamakan at-Taghrir (memperdaya).
  • Menipu pembeli dengan menjual barang yang berharga murah dengan harga yang terlalu tinggi, dengan mengeksploitasi kejahilan pembeli, terhadap nilai sebenar harga / barangan dipasaran. contohnya menjual barang yang berharga RM20 dengan harga RM100, tanpa diketahui oleh pembeli nilai sebenarnya.
  • Menyembunyikan kelemahan dan kecacatan produk atau barangan yang dijual
  • Mengurangi timbangan.
  • Antara yang dilarang juga dalam perniagaan ialah melakukan penganiayaan memeras pengguna, dan merosakkan kepentingan masyarakat. Antaranya melakukan Ikhtikar (monopoli barangan, yakni menyorok barangan kerana ingin menaikkan harganya) dan menjadi orang tengah memeras pengguna. 

Sehubungan dengan ini, besarlah harapan saya agar para USAHAWAN SLM HALAGEL dapat mematuhi segala tingkah laku yang beretika ketika memasarkan produk. Yang penting adalah merealisasikan KEJAYAAN dan KEBERKAHAN



No comments:

Post a Comment